Saturday, March 29, 2008

Latihan 8: Jenis iklan advocascy

http://www.youtube.com/watch?v=4dsmNq2jnVY

Friday, March 28, 2008

Latihan 8: 3 jenis iklan

2. Iklan jenis perkhidmatan (Air Asia)

Iklan di atas adalah iklan jenis perkhidmatan. Iklan ini adalah iklan mempromosikan perkhidmatan Air Asia. Menerusi paparan imej iklan di atas, terdapat kelibat seorang model iklan yang beraksi seolah-olah sedang terbang . Aspek ini disokong lagi dengan imej latar iklan ini iaitu gambar grafik awan yang tinggi dan aspek ini secara lansung menghidupkan lagi nilai iklan ini yang sememangnya ingin menonjolkan paparan seorang lelaki sedang terbang ''flying man''. Aksi model tersebut dilihat seolah-olah seperti aksi dalam watak kartun ''Ultra Man'' yang sedang terbang.
Pada pandangan saya, iklan ini adalah jenis perkhidmatan kerana ia secara terang-terangan bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan Air Asia kepada pengguna. Model dalam iklan tersebut diaplikasikan sebagai daya tarikan bagi menarik perhatian pengguna terhadap iklan ini. Dalam paparan imej iklan ini juga dapat dilihat senarai pakej perkhidmatan beserta harga yang ditawarkan oleh Air Asia. Hal ini memberi penerangan yang sangat jelas kepada pengguna berkenaan aspek perkhidmatan dan nilai harganya. Dari aspek ini, pengguna dapat membuat perbandingan dan penilaian terhadap perkhidmatan yang ditawarkan dengan disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan mereka.
Dalam iklan ini juga, pihak Air Asia turut memperkenalkan skim pembayaran baru dalam perkhidmatan mereka iaitu melalui kad kredit (kad ATM). Model dalam iklan ini kelihatan terbang sambil memegang kad ATM ini bersama-sama. Pengenalan pembayaran melalui kad ATM ini mampu menarik perhatian pengguna kerana ianya mendatangkan banyak implikasi yang positif ke atas pengguna.

LATIHAN 8: 3 JENIS IKLAN (PRODUK, PERKHIDMATAN, ''ADVOCASCY'')


1. IKLAN PRODUK:
Iklan di atas adalah jenis iklan yang bertujuan untuk mempromosikan produk. Dalam imej iklan di atas, produk yang ingin dipromosikan ialah produk Mc Donald. Walaupun imej iklan ini tidak secara lansung mempamerkan produknya, tetapi "tag line'' (slogan, ''I'm lovin' it) serta simbol huruf 'M' sudah memadai untuk memberi penjelasan bahawa iklan ini adalah milik Mc Donald. Dalam iklan yang tertera seperti imej di atas, Mc Donald menggunakan imej kanak-kanak pelbagai bangsa di seluruh pelosok dunia sebagai daya tarikan dalam mempromosikan produknya. Gambar kanak-kanak tersenyum memberi gambaran bahawa produk Mc Donald disenangi dan diterima di seluruh pelosok dunia. Gabungan warna-warna ceria yang termuat dalam iklan ini contohnya seperti warna pakaian yang dipakai oleh model kanak-kanak dalam iklan memaparkan variasi warna yang harmoni . Garapan imej iklan ini secara lansung mampu mengingatkan pengguna akan produk Mc Donald dan seterusnya menjadi pelanggan setia MC Donald.

LATIHAN 7: USP (UNIQUE SELLING PROPOSITION) BRAND


USP bermaksud, ''Unique Selling Proposition/ Unique Selling Point''. Iklan yang saya pilih bagi menonojolkan USP produk ialah iklan susu jenama Melilea. Saya amat tertarik dengan teknik USP yang digunakan dalam iklan ini kerana ianya mampu memberi tarikan kepada pelanggan untuk terus mencuba produk susu ini. Menerusi imej grafik ini tertera dengan jelas garapan pelbagai khasiat yang terkandung dalam minuman susu ini. Antaranya ialah, susu ini merupakan sejenis minuman yang berkhasiat lengkap dan amat bersesuaian dengan gaya hidup aktif dan sihat. Ianya mampu meningkatkan daya ingatan, menguatkan tulang, meningkatkan metabolisme badan, menstabilkan kadar gula dalam darah, menghasilkan tenaga, mengurangkan tekanan darah tinggi, menguatkan sistem imunisasi badan, bebas kolestrol, dan melindungi jantung. Iklan ini juga ada menghuraikan tentang ekstrak susu tepung cepat saji ini yang dihasilkan daripada ekstrak kacang kedelai organik Melilea.


Ramuan serta khasiat yang terpamer pada paparan grafik imej iklan ini secara lansung mampu memberi kesan kepada fokus tumpuan khalayak sasaran produk ini. Contohnya, bagi pengguna yang menghadapi masalah kesihatan, susu ini merupakan antara pakej lengkap yang amat sesuai kepada mereka untuk meminumnya sebagai makanan penjagaan kesihatan. Begitu juga kepada para pengguna yang sememangnya amat menjaga dan mementingkan aspek kesihatan diri, mereka pastinya akan memilih produk ini sebagai produk makanan harian disebabkan kaya dengan pelbagi khasiat


Selain itu juga pengguna akan turut berasa yakin dengan produk susu ini kerana pada imej iklan ini tertera dengan jelas cop kelulusan ISO:9002. Pengguna akan merasakan produk susu ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mempunyai kelebihan yang banyak daripada produk-produk susu lain yang terdapat di pasaran.


Rekaan imej iklan yang bersahaja dan kelihatan bersifat asli mampu meningkatkan lagi keyakinan pengguna akan kualiti dan keberkesanan produk susu Melilea ini. Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa iklan ini mampu memberi keyakinan kepada pengguna bahawa produk susu Melilea ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Thursday, March 27, 2008

Latihan 6: Banner advertising

Saya memilih ''banner advertising'' ini kerana ianya kelihatan sangat menarik . Rekaan imej grafik yang direkabentuk dalam ''banner advertising'' ini sangat kreatif dengan dilatari gambar-gambar foto pemimpin negara yang agung. Susunan gambar-gambar foto pemimpin ini disusun mengikut kronologi tampuk kepimpinan masing-masing dan diakhiri dengan gambar Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Laman web MYKU Net ini boleh diakses melalui tetapan alamat; www.mykmu.net@www.beritakmu.net. ''Tag line'' yang digunakan dalam laman Myku Net ini amat bersesuaian dengan hak milik laman web ini iaitu milik kumpulan menyokong UMNO. Antara slogan yang digunakan ialah; MYKMU NET, Gerbang Tempur Maya, Demi Islam, Untuk Melayu & Keranamu Malaysia. Sisipan imej grafik jalur gemilang di bahagian kanan ''banner advertising '' ini berjaya memfokuskan nilai cintakan tanah air (bumi Malaysia). Selain itu, gabungan warna latar ''banner advertising'' ini iaitu warna perang dan kuning membangkitkan lagi ciri kematangan kerana warna perang mencerminkan imej yang matang. Saya dapat membaca tulisan yang terdapat dalam ''banner advertising ini dengan jelas dan mudah kerana tulisan tersebut menggunakan gabungan ton warna yang mempunyai kesan kontra dengan warna latar ''banner advertising ini''.

Perceptual Map (Produk Kecantikan di Malaysia)


PRODUK KECANTIKAN DI MALAYSIA




Wednesday, March 26, 2008

Latihan 6: Find the definition of the words below

Viral marketing
-the internet version of word - of - mouth advertising e-mail.

Buzz marketing
-is a viral marketing technique that attempts to make each encounter with a consumer appear to be a unique, spontanous personal exchange of information instead of a culculated marketing pitch choreographed by a professional advertiser.

Podcasting
-is any software and hardware combination that permits automatic downloading of audio files to an MP3 player for listing at the users.

Widget
- a hypothetical product use to ilystrate a business concept.

Chicklet
-a feed button that normally contains a feed rader logo and has a specific blog or feed information attached to it. It is coded to easily allow users to subscribe to a feed.

Blogroll
-a listing of website that often appear as link on weblogs. This links of links used to relate the site owner's interest.

Mashup
-is a web application that combines data from more than one source into a single integrated tools.

Typelist
-a list of type information records.

Tag
-is a (relevant) keyword or term associated with or assigned to a piece of information (a picture , a geographic map, a blog entry, a video clip, etc.

Content casting
-is amanufacturing process where molten or semi-solid metal is poured into a mold and allow to solidify to acquire shape of mold.

Social media
-is an umbrella term that defines the various activities that integrate technology, social interaction, and the construction of words.

Social bookmarking
-is a method for internet users to store, organize, search and manager bookmarks of web pages on the intrenet with the help of metadata.

Delicious
-is a social bookmarking websites, to store the boookmarks online, which allow to access the same bookmark.

Digg
-is a commmunity -based news article popularity websites. It combines social bookmarking, blogging and syndication with a form of non-heirarchical.

Vblog
-is a blog that consist of video post. XML: Extensible Markup Language: a scripting language used most commonly for blog speed.

SMO
-Server Management Object (SMO) is a collection of objects that are design for programming all aspect of managing Microsoft SQL Server.

Tradeback
- a recursive and so allow direct implementation.

Tuesday, March 25, 2008

Tukarkan sasaran khalayak iklan


Sasaran khalayak bagi iklan minyak wangi ini ialah golongan wanita dari kategori remaja dan dewasa. Minyak wangi dari jenama Escada ini adalah keluaran terbaru yang dikenali sebagai Escada Sentiment. Namun begitu, saya ingin mengubah sasaran khalayak bagi penggunaan produk ini. Perubahan yang ingin saya lakukan bagi mengubah sasaran khalayak iklan minyak wangi ini ialah golongan remaja lelaki dan lelaki dewasa. Antara perubahan yang akan saya lakukan ialah dari segi paparan imej grafik minyak wangi ini. Tema warna "pink' yang digunakan akan digantikan dengan warna-warna yang lebih gelap dan mempunyai unsur gagah , berani dan matang seperti warna coklat (perang), kelabu, hitam, dan biru. Rekabentuk penutup minyak wangi ini yang berbentuk hati "love" akan ditukarkan ke bentuk yang lebih ringkas tetapi menarik. Aspek rupa bentuk diubah bedasarkan sifat naluri lelaki yang lebih suka akan sesuatu yang ringkas tetapi tetap kelihatan menawan. Imej grafik ikatan reben bewarna "pink" di permukaan botol minyak wangi akan dihilangkan. Hanya imej minyak wangi tersebut akan diperbesarkan dan difokuskan khususnya pada bahagian perkataan yang tertera nama jenama produk minyak wangi ini. Imej ini akan disokong lagi dengan tambahan model seorang lelaki yang kacak dan memegang botol minyak wangi ini. Tambahan imej model lelaki dalam iklan ini mampu menjadi satu daya penarik kepada sasaran khalayak iaitu golongan remaja lelaki dan lelaki dewasa untuk menatap iklan ini dan seterusnya berminat untuk membelinya.

Monday, March 24, 2008

Latihan 2: Jenis Iklan

Iklan ini adalah jenis naratif . Iklan naratif adalah sejenis iklan yang menggunakan khidmat orang ketiga, yang selalunya mempunyai keterangan yang jelas, mempunyai nilai kualiti kuasa untuk menceritakan kepada pembaca berkenaan sesuatu produk yang diiklankan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa iklan seperti yang tertera dalam imej grafik di atas ialah sejenis iklan beberbentuk naratif dimana secara terang-terangan terdapat seorang model lelaki bersama-sama dengan sebotol minyak wangi lelaki. Jenama minyak wangi ini juga dilakarkan dengan sangat jelas di muka iklan iaitu jenama "GIVENCHY". Minyak wangi ini adalah jenisharuman "Pour Home" dan "Blue Label". Minyak wangi ini adalah khusus untuk pengguna lelaki sahaja dimana tertera dengan jelas perkataan, "the gentlemen's fragrance" di paparan imej iklan di atas.

Latihan 1: Produk yang digunakan setiap hari dalam kehidupan saya.


Produk yang saya gunakan setiap hari dalam kehidupan saya ialah jam tangan. Jam tangan merupakan alatan penting dalam menguruskan kehidupan rutin harian saya. Saya sangat gemar memakai koleksi jam tangan yang mempunyai ciri kewanitaan dan kelembutan kepada pemaikainya terutamanya golongan remaja perempuan seperti saya. Saya memilih koleksi jam tangan yang bewarna "pink" kerana i melambangkan ciri kewanitaan yang asli, kelembutan, keceriaan, dan penuh kesopanan sebagai pelengkap ciri-ciri remaja perempuan yang sangat mementingkan unsur-unsur feminin.


Di dalam imej jam tangan seperti yang tertera di dalam paparan imej di atas, kelihatan seutas jam tangan bewarna "pink" dan berjenama Swatch. Rekaan rekabentuk dan aplikasi corak yang terdapat pada jam tangan ini sangat ringkas tetapi menarik dan bersesuaian dengan naluri remaja yang tidak gemarkan sesuatu yang terlalu berserabut. Rupa bentuk jam yang mudah dikendalikan serta mudah dipakai menarik minat saya untuk memakai dan seterusnya menjadikan koleksi jam tangan ini sebagai antara jam tangan yang paling saya sayangi.


Jam tangan ini sangat bermakna kepada saya kerana ia merupakan pemberian dari seseorang yang amat saya sayangi. Saya berasa begitu selesa memakai jam tangan ini kerana talinya yang diperbuat daripada abstrak bahan plastik yang lembut dan tidak menyakitkan pergelangan tangan ketika menggayakannya. Di samping itu, jam tangan ini juga amat tahan lasak. Walaupun teleh beberapa kali terhempas ke muka lantai, permukaan jam tidak mempunyai sebarng kesan retak atau menghadapi masalah kerosakkan.


Jam tangan ini juga mempunyai kuasa kalis air dan menggunakan tenaga solar. Walaupun saya memakai jam tangan ini semasa menjalani latihan ketenteraan sebagai seorang kadet PALAPES UUM, namun jam ini tetap memberi manfaat kepada saya tanpa menghadapi masalah kerosakkan. Saya turut menggunakan jam tangan ini semasa menjalani latihan renang. Hal ini tidak mendatangkan sebarang kerosakkan kepada jam tangan ini kerana sifatnya yang kalis air dan tahan lasak. Saya amat gembira memakai jam tangan ini kerana rakan-rakan saya sering memuji akan kehebatan jam tangan ini. Saya amat menghargai pemberian jam tangn ini kepada saya.