
Produk yang saya gunakan setiap hari dalam kehidupan saya ialah jam tangan. Jam tangan merupakan alatan penting dalam menguruskan kehidupan rutin harian saya. Saya sangat gemar memakai koleksi jam tangan yang mempunyai ciri kewanitaan dan kelembutan kepada pemaikainya terutamanya golongan remaja perempuan seperti saya. Saya memilih koleksi jam tangan yang bewarna "pink" kerana i melambangkan ciri kewanitaan yang asli, kelembutan, keceriaan, dan penuh kesopanan sebagai pelengkap ciri-ciri remaja perempuan yang sangat mementingkan unsur-unsur feminin.
Di dalam imej jam tangan seperti yang tertera di dalam paparan imej di atas, kelihatan seutas jam tangan bewarna "pink" dan berjenama Swatch. Rekaan rekabentuk dan aplikasi corak yang terdapat pada jam tangan ini sangat ringkas tetapi menarik dan bersesuaian dengan naluri remaja yang tidak gemarkan sesuatu yang terlalu berserabut. Rupa bentuk jam yang mudah dikendalikan serta mudah dipakai menarik minat saya untuk memakai dan seterusnya menjadikan koleksi jam tangan ini sebagai antara jam tangan yang paling saya sayangi.
Jam tangan ini sangat bermakna kepada saya kerana ia merupakan pemberian dari seseorang yang amat saya sayangi. Saya berasa begitu selesa memakai jam tangan ini kerana talinya yang diperbuat daripada abstrak bahan plastik yang lembut dan tidak menyakitkan pergelangan tangan ketika menggayakannya. Di samping itu, jam tangan ini juga amat tahan lasak. Walaupun teleh beberapa kali terhempas ke muka lantai, permukaan jam tidak mempunyai sebarng kesan retak atau menghadapi masalah kerosakkan.
Jam tangan ini juga mempunyai kuasa kalis air dan menggunakan tenaga solar. Walaupun saya memakai jam tangan ini semasa menjalani latihan ketenteraan sebagai seorang kadet PALAPES UUM, namun jam ini tetap memberi manfaat kepada saya tanpa menghadapi masalah kerosakkan. Saya turut menggunakan jam tangan ini semasa menjalani latihan renang. Hal ini tidak mendatangkan sebarang kerosakkan kepada jam tangan ini kerana sifatnya yang kalis air dan tahan lasak. Saya amat gembira memakai jam tangan ini kerana rakan-rakan saya sering memuji akan kehebatan jam tangan ini. Saya amat menghargai pemberian jam tangn ini kepada saya.
No comments:
Post a Comment