Iklan di atas adalah iklan jenis perkhidmatan. Iklan ini adalah iklan mempromosikan perkhidmatan Air Asia. Menerusi paparan imej iklan di atas, terdapat kelibat seorang model iklan yang beraksi seolah-olah sedang terbang . Aspek ini disokong lagi dengan imej latar iklan ini iaitu gambar grafik awan yang tinggi dan aspek ini secara lansung menghidupkan lagi nilai iklan ini yang sememangnya ingin menonjolkan paparan seorang lelaki sedang terbang ''flying man''. Aksi model tersebut dilihat seolah-olah seperti aksi dalam watak kartun ''Ultra Man'' yang sedang terbang.
Pada pandangan saya, iklan ini adalah jenis perkhidmatan kerana ia secara terang-terangan bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan Air Asia kepada pengguna. Model dalam iklan tersebut diaplikasikan sebagai daya tarikan bagi menarik perhatian pengguna terhadap iklan ini. Dalam paparan imej iklan ini juga dapat dilihat senarai pakej perkhidmatan beserta harga yang ditawarkan oleh Air Asia. Hal ini memberi penerangan yang sangat jelas kepada pengguna berkenaan aspek perkhidmatan dan nilai harganya. Dari aspek ini, pengguna dapat membuat perbandingan dan penilaian terhadap perkhidmatan yang ditawarkan dengan disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan mereka.
Dalam iklan ini juga, pihak Air Asia turut memperkenalkan skim pembayaran baru dalam perkhidmatan mereka iaitu melalui kad kredit (kad ATM). Model dalam iklan ini kelihatan terbang sambil memegang kad ATM ini bersama-sama. Pengenalan pembayaran melalui kad ATM ini mampu menarik perhatian pengguna kerana ianya mendatangkan banyak implikasi yang positif ke atas pengguna.

No comments:
Post a Comment