
USP bermaksud, ''Unique Selling Proposition/ Unique Selling Point''. Iklan yang saya pilih bagi menonojolkan USP produk ialah iklan susu jenama Melilea. Saya amat tertarik dengan teknik USP yang digunakan dalam iklan ini kerana ianya mampu memberi tarikan kepada pelanggan untuk terus mencuba produk susu ini. Menerusi imej grafik ini tertera dengan jelas garapan pelbagai khasiat yang terkandung dalam minuman susu ini. Antaranya ialah, susu ini merupakan sejenis minuman yang berkhasiat lengkap dan amat bersesuaian dengan gaya hidup aktif dan sihat. Ianya mampu meningkatkan daya ingatan, menguatkan tulang, meningkatkan metabolisme badan, menstabilkan kadar gula dalam darah, menghasilkan tenaga, mengurangkan tekanan darah tinggi, menguatkan sistem imunisasi badan, bebas kolestrol, dan melindungi jantung. Iklan ini juga ada menghuraikan tentang ekstrak susu tepung cepat saji ini yang dihasilkan daripada ekstrak kacang kedelai organik Melilea.
Ramuan serta khasiat yang terpamer pada paparan grafik imej iklan ini secara lansung mampu memberi kesan kepada fokus tumpuan khalayak sasaran produk ini. Contohnya, bagi pengguna yang menghadapi masalah kesihatan, susu ini merupakan antara pakej lengkap yang amat sesuai kepada mereka untuk meminumnya sebagai makanan penjagaan kesihatan. Begitu juga kepada para pengguna yang sememangnya amat menjaga dan mementingkan aspek kesihatan diri, mereka pastinya akan memilih produk ini sebagai produk makanan harian disebabkan kaya dengan pelbagi khasiat
Selain itu juga pengguna akan turut berasa yakin dengan produk susu ini kerana pada imej iklan ini tertera dengan jelas cop kelulusan ISO:9002. Pengguna akan merasakan produk susu ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mempunyai kelebihan yang banyak daripada produk-produk susu lain yang terdapat di pasaran.
Rekaan imej iklan yang bersahaja dan kelihatan bersifat asli mampu meningkatkan lagi keyakinan pengguna akan kualiti dan keberkesanan produk susu Melilea ini. Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa iklan ini mampu memberi keyakinan kepada pengguna bahawa produk susu Melilea ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
No comments:
Post a Comment