Sasaran khalayak bagi iklan minyak wangi ini ialah golongan wanita dari kategori remaja dan dewasa. Minyak wangi dari jenama Escada ini adalah keluaran terbaru yang dikenali sebagai Escada Sentiment. Namun begitu, saya ingin mengubah sasaran khalayak bagi penggunaan produk ini. Perubahan yang ingin saya lakukan bagi mengubah sasaran khalayak iklan minyak wangi ini ialah golongan remaja lelaki dan lelaki dewasa. Antara perubahan yang akan saya lakukan ialah dari segi paparan imej grafik minyak wangi ini. Tema warna "pink' yang digunakan akan digantikan dengan warna-warna yang lebih gelap dan mempunyai unsur gagah , berani dan matang seperti warna coklat (perang), kelabu, hitam, dan biru. Rekabentuk penutup minyak wangi ini yang berbentuk hati "love" akan ditukarkan ke bentuk yang lebih ringkas tetapi menarik. Aspek rupa bentuk diubah bedasarkan sifat naluri lelaki yang lebih suka akan sesuatu yang ringkas tetapi tetap kelihatan menawan. Imej grafik ikatan reben bewarna "pink" di permukaan botol minyak wangi akan dihilangkan. Hanya imej minyak wangi tersebut akan diperbesarkan dan difokuskan khususnya pada bahagian perkataan yang tertera nama jenama produk minyak wangi ini. Imej ini akan disokong lagi dengan tambahan model seorang lelaki yang kacak dan memegang botol minyak wangi ini. Tambahan imej model lelaki dalam iklan ini mampu menjadi satu daya penarik kepada sasaran khalayak iaitu golongan remaja lelaki dan lelaki dewasa untuk menatap iklan ini dan seterusnya berminat untuk membelinya.
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment